Tuesday, November 17, 2015

Book Review : 7 Tahun 7 Hari by Diana Nuzuin

DISCLAIMER
**Kisah/review ni tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati**


























“Apa yang payah nau nak buat blog ni?” keluh tahap nak kuis laptop.
rasa susah sangat aku nak start balik blogging. Perasaan nak menulis balik tu ada. Walaupun bukan aku ni penulis karya top macam fynn Jamal atau Diana Nuzuin pun.

Diana Nuzuin.

Dia punca aku menaip balik. Macam sekarang ni. Punca!

Ahh leceh lah blog ni. 

Aku bukan wanita mudah capai idea untuk tulis karya berbunga-bunga. Aku bukan eshteg deep jenis manusia. Tak. Punca mula aku mula menulis bermula dengan sepasang tangan yang sudi hulur senaskah buku. Aku jelek orangnya. Ego. Tapi atas paksaan sejak sepasang tangan yang menghulur tu mengingatkan aku untuk baca. Aku ringankan jari nak selak helai-helai kertas kuning tu.

“nah babe, better you baca buku ni, I dah habis baca dah. U simpan” “hah? Buku eshteg deep?”
“u baca, buku ni mengingatkan I dekat u” acah tegas.

“hrm 7 tahun 7 hari?? Tak ada tajuk lain nak letak?” – “u baca je la nal”

Fine. Senanya punca perbualan aku dengan teman ni mulanya mengenai jodoh. Lepas tu seloroh ke masa depan. dan kerjaya. Saja je heart to heart dengan dia. Aku ingat lagi. Dekat Humble Chef restoran, muka bahagia makan free sebab kena buat research tentang kerja. Almaklumlah, kerja industri penuh dosa. Haha

Aku mudah rasa malas. Bila dah pasang niat nak menulis. Esok niat tu hilang. Macam makan cekelat daim..buka plastik rasa sedap lepas habis. tapi tak hari ni. Aku masih tak berhenti menaip. Macam membuak-buak perkataan ni nak keluar dari kepala, kalau ada mulut dah teriak, bising, kejung, nak keluar dari folder kepala ni.

Sabar. Bagi aku cerita. Kenapa dengan Diana Nuzuin? Sedara ke?

Dengan wajah Diana yang iras Yuna, dalam mimpi, pelosok dunia muka aku ni nak kata sedara dengan Dia. Tidak. even bukan kenalan pun. Hanya sebagai seorang penulis dan pembaca.

9:00pagi, Jumaat.

Celik mata. Aduh! Malasnya nak kena meeting.
Mata tertumpu pada buku yang teman hulur pada aku semalam. Ringan tangan aku hari ni nak selak buku ni. Selak-selak-selak

Tajuk pertama : Marry Go round.

Ambil masa 20 saat jugak lah aku nak faham tulisan fancy yang diana ni guna. Oh! Faham. Mata aku ni memang susah nak tertumpu pada perkataan yang panjang-panjang. Kalau aku mula bosan, mulalah mata nak tido, mulut nak menguap. Sekali lagi, hari ni tidak. Aku gagahkan baca sampai habis walaupun setengah dari ayat Diana memang eshteg deep parah.

Selesai aku selak helaian terakhir. Air mata aku bergenang. Puas tahan dengan ego, jatuh jugak setitik.

Mencarut aku dengan hati membuak-buak nak hanta whatsapp ke teman
“I baru baca chapter first buku ni dah menangis. Terkesan gila babi! Memang buku ni cerita pasal I ke apa?”

Alah tak bluetick pulak. Baca la gila.

“HAHA. Baca sampai habis”

Aku biarkan conversation kami tergantung. aku letak buku Diana. Tak sempat untuk aku habiskan. Aku mula menaip. Itu punca aku mula rasa nak baling laptop ni tadi. Hati dah membuak-buak nak menulis, blog sebng pulak aku dah lupa. Almaklumlah, aku dah tinggalkan dunia blog ni hampir bertahun-tahun. Karat parah kepala aku nak ingat macam mana nak buat.

Well. Dia punca aku menulis. Kalau dia baca buku aku ni suatu hari. Tak banyak aku mintak. Shout out dia cakap aku manusia paling comel pun jadi. Haha

Gurau.
Tak mintak apa. Aku cuma nak ucap terima kasih.

Teman juga. Terima Kasih.
Tapi --- aku tak sambung baca buku ni melainkan tajuk pertama sahaja atas sebab terlalu deep. 

#reviewinreviewarejusttomaintream
#reviewinreviewareoverated

5 comments:

  1. sape diana nuzuin ni sebenarnya?
    saya tak kenal plak...hehe
    anyway semoga terus bersemangat menulis
    menarik penulisan...suka saya baca
    macam baca novel =)

    p/s-membalas kunjungan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interesting question! saya pun tak kenal hanya yang saya tahu dia seorang penulis yang menghasilkan karya eshteg deep / ala hipsturr ni. HAHA katanya seiring fyn jamal. entahlah. saya pun tak berapa kenal sangat.

      Terima kasih atas kunjungann!! xx

      Delete
  2. you make me curious want to read the book lah. ;P tp I tak suka sangat baca buku deep2 ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA i lagi lah. mana baca buku eshteg deep. tapi bila i telaah, muka pertama je relate dengan i. yang lain.. entah. lain orang lain penerimaan. i feel that the writer telling to much of herself, be a little bit secret at least if you meant it to give advice.

      but yea that is just me.
      why not try read this book. i can lend it to you if you want :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...