Saturday, July 11, 2015

Cemburu ke? Haha

“Min, nanti mintak tolong hanta ni. Aku nak kena hanta orang lah.”

 Alah sibuk la mamat ni nak suruh hanta minah ni pulak. Kasi la chance laki aku hanta aku. Pft.

“yang, nak kunci kereta”
“nah..” sambil bedullah suluh bawah almari belakang studio nak cari anak kucing.

Aku capai beg, pergi kereta, campak dekat seat depan. Hah. Kalau setengah dengar pasal ni mesti kata aku saiko. Tapi memang aku macam ni. Nak buat cemana. Haha tak adalah cemburu buta stok minta kene baling pisau tuh. Setakat cemburu jenis “kau tayah nak acah-acah rapat dengan laki aku” sudahlah.

Haha Lenguh kaki.

 “nah awak”
 “buat apa tadi?”
 “tak buat apa pun.. Ada tak kucing tu? Macam makin ke dalam je. Awak panggil ke halau?”
 “saya tengah pujuklah, awak datang terus dia lari”

Hey Bedullah ni. Boleh tahan jugak sakastik dia. Masing-masing tengah sibuk panggil anak kucing yang tempang hasil kene langgar salah seorang kru aku waktu tu. Mula macam nak tinggal.

Tapi sekali bos tanya ”mana kucing?” masing terpinga-pinga, tak tahu pulak jaga kucing sebahagian dari kerja production. Haha

Gurau.

Memang niat aku nak bawak balik kucing tu pun. Awal nya sebelum live letak dekat dalam bakul. Yang member sorang bijak tak tutup bakul tu. Acah konon kalau kucing tu tempang, dia memang tak boleh nak panjat keluar.

Sangkaan meleset.

Alih-alih tengok lepas lega live ada datang satu masalah. Kucing tu hilang pulak dah. Satu hal masing-masing nak kene menongeng guna lampu suluh handfon masingmasing. Itu pun cahaya malu-malu nak keluar. Aiseh. Sebab tu Bedullah puas menongeng punya nak pujuk kucing tu keluar. Konon penjinak kucing.

“cemana dik? Dapat ke kucing tu”

 boleh nampak gelisah mamat ni sebab almaklumlah dia yang langgar kucing tu

“cane abg leh langgar kucing ni bang oi, memang tak nampak ke cemana?”
“abang memang tak perasan lah dik, sekali orang call tanya abg langgar kucing ke, terkejut la abg”

“dia tak nak keluar la abg, kematu belakang saya ni tunduk”celah Bedullah

Aku cadangkan untuk pergi beli whiskas ke tuna mayo ke apa ke dekat seven e nak umpan kucing ni keluar, dia confirm lapa punya. Sekali lepas bagi cadangan aku sekali kene follow pergi beli makanan kucing, boleh tahan lah. Katanya tak tahu nak beli makanan kucing apa.

Jelas alasan.

Aku tak boleh sangkal. Sempat aku pau abg zul 100 plus. Real gila bila riak muka yang memang serba salah tahap gaban. Aku cuba tenangkan abg Zul.

 Hasil sabar, Allah tu Maha Pemurah untuk membantu.

Dengan susuk tubuh Ali bak papan beroti stok paling nipis, berjaya jugak bawak keluar anak kucing tu. Hanya kerana aku cakap dekat producer yang kucing tu terperangkap. Mujur bos-bos aku ni memang jenis sayang haiwan. Tak gamak dia kata nak biar kucing yang berkeadaan tempang terbiar kat situ.

Apa lagi, di hurung semua kru sekali untuk bersama-sama berganding bahu dalam misi menyelamat anak kucing.

“awak masukkan dalam kotak lah, nanti dalam kereta pegang” jelas Bedullah tak lupa dengan kening yang tak henti kerut

“okay. Thank Semua” muka suka macam lepas tengok spongebob

Episode terakhir live malam tu memang buat masing-masing rasa penat yang keterlaluan. Mengantuk, penat dalam masa yang sama nak lepak walaupun masing-masing mata dah kebilkebil. 

“Min, kau hanta aku kan?”
 “haah, tapi kejap aku ada kerja lagi”
 “okay”

“malam ni kita balik dengan amin”
 “ouh faham. Sama lah kejap lagi amin hanta balik” ekor mata mencari-cari pisau.
 “eh naik amin sekali la ni”

haha Of course lah aku naik Bedullah, kalau tak laki aku hanta aku, takkan nak jalan kaki lapan tahun sampai Wangsa Maju?

Tapi tak boleh salahkan dia jugak, sebab status aku dengan Bedullah waktu tu memang jenis tak ada siapa tahu kecuali dua orang. Aku jeling tepat dekat Bedullah yang pandang aku terpinga-pinga.

Selesai hanta kitorang terus kata menuju ke Subang, nak lepak punya pasal waktu tu.

“awak okay ke sayang?”
 “okay je..”
 “ye ke ni? Kenapa ni?”
 “haha okay je lah, btw awal kawan awak balik?”
 “tu lah pasal siap suruh saya hanta macam memang tak tahu saya dengan awak”
 “tahu tak pe”
 “aik kenapa ni? Marah ke hanta ten?”

 Aku tersenyum sambil memandang riak muka sakastik dia yang stok mintak penangan ajaib aku.

“eh boleh apa lak tak boleh, boleh je. Saya kot, mestilah bolehh!”
– “tapi duduk belakang lah” selamba aku jawab.

Terdengar suara jantan Bedullah ketawa berdekah-dekah. Terlihat wajah Bedullah tersenyum tahu aku cemburu. Tengah acah-acah sweet tiba-tiba…..

 “meowwwww--- Wajah aku terus fokus dekat kucing yang tergolek-golek comel dalam kotak.
Aku hulur tangan, paling comel abad ini kucing tu peluk tangan aku

“woi! Agak sikit tu tangan siapa kau peluk tu”

 Pandai pulak kucing tu pandang Bedullah, acah faham apa dia cakap
“kau jangan pandang aku bhai” Berkerut muka aku tengok Bedullah.

Lagi teruk rupanya perangai laki aku ni, dengan kucing pun tak leh kongsi. Kira aku normal lagi lah cemburu pun dengan manusia. Haha

Gurau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...